Sunday, April 20, 2008

my 1st blog..(=

Salam..
21 April 2008

Berdendangkan lagu ku serah cinta-inteam. Blog aku yg prtma tlh dilahirkan. Bersama blog ini ku bawa seribu keinsafan,secebis pengampunan dr illahi. Meskipun tidak layak, tetapi aku adalah aku..tidak akan berpaling pada yang menggugat. Akan ku serah cinta ini bukan lagi pada manusia tetapi pada mu ilahi. Dek kerana itu terimalah aku kembali. Aku pulang menghadapmu etelah sekian lama ku lupa siapa diriku? Sesungguhnya Nurul Atiqah seindah cahaya pilihan tetapi tepalit dengan dosa dan noda. Kerana cinta,aku hanyut dan alpa dan kerana cinta juga aku meraih petunjukmu rabbul izzati. Di dalam secebis hati ini dapat ku rasa sebingkis rasa keinsafan. Selama in aku mencari pembimbing diriku iaitu adamku tetapi sebenarnya dia bukan ditakdirkan untuk menjadi adam pada hawa tetapi baru ku tahu sekarang sebenarnya diriku sendiri adalah pembimbing diriku.


19 April 2008
Esok hari aku akan bertempur di medan perang khadijah 08. Namun, persiapanku belum lagi mencukupi sedangkan hari yang dinanti bakal menjelma esok hari. Hatiku tidak tenang. Segala yang aku baca tidak dapat akalku terima. Mungkinkah ini semua kerana dosa yang telah aku lakukan? Aku mengambil keuputusan untuk belajar di surau bagi mendapat ketenangan. Acax juga turut serta kerana ketika itu juga dia sama sepertiku..hati tidak tenang. Sewaktu langkah ku jejakkan di surau rumah ALLAH. Satu perasaan menjalar dalam diriku. KETENANGAN. Disitu segalanya dapat ku beri perhatian tetapi di suatu sudut ada yang lebih menarik minatku. Artikel yang berhighlightkan pen hijau. Mengenai email untuk insan yang ingin bercople @ sedang bercouple.
Aku teruja sekali untuk membaca kerana aku ketika itu juga bercouple. Sewaktu membaca, betapa hanya tuhan yang tahu. Menyentuh hatiku. Terasa sekelumit keinsafan bahawa selama ini caraku bercinta salah. Cinta tidak dilarang oleh islam tetapi sebenarnya ada cara yang lebih baik :PERKAHWINAN. Ya itu yg terbaik. Menghalalkan segala perbuatan. Selama ini cintaku hanya berdasarkan nafsu. Dari mata turun ke hati dari hati melalui perbuatan dan seterusnya berlakulah zina. Ini yang mengundang dosa. Lalu ku tekad dalam hati ingin mengubah cintaku. Mesipun tidak bersua @ berjumpa tetapi cinta tetap mekar di hati. Inilah yg dikatakan cinta. Menjaga batas pergaulan dan maruah diri. Sekiranya adamku tidak mahu bercinta cara islam maka aku tekad untuk tinggalkannya kerana bagiku kini cinta illahi yg ku dambakan. Jika dia tulus mencintaiku kerana Allah. Maka datanglah meminangku. Meskipun berkahwin dalam usia muda tetapi itulah yang dapat mengelakkan zina. Aku redha jika itu adalah keredhan Allah. Pada kedua orang tuaku, usah kau risau kerana akan ku terangkan sebabnya apabila masa itu telah tiba. Masa kita disatukan secara sah. Nanti apabila keputusan samada cinta ini akn diteruskan atau tidak diketahui inginku kata padamu.Sesungguhnya kau adalah Adamku dan Aku adalah Hawamu. Kita hanya akan bercinta hanya dengan cinta yang diredhai ALLAH bukan lagi nafsu seperti dahulu. Insyaallah.


20 April 2008

Sewaktu azan maghrib berkumandang, aku bertandang ke bilik acax tetapi ketika itu acax tiada.Maka seperti kebiasaan aku akan memproses laptop acax. Selalunya aku bermain game tetapi hari ini perasaan aku terpaut pada file tazkirah. Inilah yang aku cari-cari selama ini!baru kutemui..Duduklah aku menghadap seribu satu tazkirah yang ada.Satu persatu ia menjadi tatapanku. Betapa insafnya aku membaca.Dalam diam air mataku mengalir di pipi. Aku insaf. Diri ini aku rasakan kerdil. YA ALLAH..Siapakah aku di pandanganmu?Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganmu? Sudikah kau menerima hambamu yang hina ini?di bayangan mentari aku kealpaan.Dusta dunia kepura-puraan. Dikala dinihari aku kepasrahan,mendamba jernih embun kasih sayangmu oh tuhan. Andainya di hitung amalanku,belum pasti dapatku mhampiri gerbang syurgamu. YA ALLAH yang maha pemurah. Hindari diriku dari siksaanmu. Kasih sayangmu yang ku dambakan. Menangis aku merindui Rasulullah. Dari tazkirah itu baru kini dapat ku bayangkan bagaimana saatnya Rasulullah menghadapi kematian. Meskipun getir, tetapi di hati dan mulutnya hanya ada nama ummati. Betapa aku terharu dengan cintamu terhadap umat. Bagaimana nanti di padang masyar engkau menangis meratapi nasib umatmu. Aku jua adalah umatmu. Betapa selama ini aku lupa pada dirimu. Sedangkan di akhirat nanti,engkaulah yang akan memberi syafaat padaku. Rasul ku,kini aku kembali. Ingin mencintaimu dan penciptaku. Aku ingin berubah menjadi muslimah solehah. Kuatkanlah imanku,tetapkanlah istiqamahku dalam mendekatkan diri pada ALLAH. Aku berdosa!!!!